Selasa, 1 Mac 2011

Sejarah Sekolah

Sekolah ini telah dibina pada awal tahun 1966 dan mula digunakan pada 13hb Jun 1966 dengan nama

SEKOLAH MELAYU KAMPONG SULTAN LAMA

Bangunannya terletak di tepi lagun Masjid Omar Ali Saifuddin.     
 Keramaian muridnya pada masa itu  berjumlah 32 orang iaitu dari Darjah 1 hingga 3 sahaja.
Guru Besarnya pada ketika itu ialah Cikgu Abd Rahman bin Hj Othman.
Pada tahun 1975, sebuah bangunan baru telah dibina untuk menggantikan bangunan lama dengan nama

SEKOLAH RENDAH PENGIRAN DIGADONG  HAJI MOHD SALLEH.

Pada bulan Mac 2005, sekolah ini telah ditutup kerana bilangan muridnya tidak lagi ramai dan kebanyakkan
murid-muridnya  telah dipindahkan ke Sekolah rendah Dato Godam.

Pada bulan Julai 2005, sekolah ini telah dijadikan sekolah ugama sepenuhnya dengan diberikan nama

SEKOLAH UGAMA PENGIRAN DIGADONG
HAJI MOHD SALLEH.